Tempoh berpantang
Bila sebut tentang tempoh berpantang, semua akan membayangkan tempoh yang agak sukar, penat, tak cukup tidur, panas, lambat dll... hmm sebenarnya ape yang aku pernah bayangkan dulu memang betul-betul terjadi..huhuhu Lagi-lagi aku beranak Czer.. Bukan special sgt pon beranak czer ni kene extra precaution berbanding dengan normal.. same jek..tp terus terang berdasarkan pengalaman sendiri..ikhlas..telus aku bagitau, beranak Czer errr.. cam lebih mudah dari normal. Maksud aku dari segi tempoh berpantang dan handling newborn kita tu..hehehe
Berpantang bagi aku bermula saat aku keluar hospital dan bawak Mia Arriana ke rumah untuk memulakan sesi hidup berkeluarga dan sistem "aku mak, kau kene dengar cakap aku" . Tapi rupenye tak semudah yang itusss..
Bila korang beranak czer, sebelum keluar wad, doktor akan cek luka czer tu.. kalo ok, boleh balik.. kalo KO, stay lg dalam wad.. haha dan perut yg menggeleber tu dengan rahim yg masih kembang, menyebabkan bile berdiri ada satu rase 'gayat' kat perut. Takut perut tu berat dan jahit czer terbukak dan terburai isi2 yg tak sepatutnya mase berdiri. Sebab kalo nak kata sakit, mmg ada la rasa sikit-sikit. tapi tak la sakit mane, Feeling die ibarat ko terseliuh, dan korang taknak bergerak takut bahagian terseliuh tu sakit..haa..gitu.. tapi sakit ni di bahagian perut tempat czer tu. Jadi aku ni, duduk je taknak bangun sangat la mase dlm wad.
Waktu berpantang ni, pergerakan sangat terbatas, lagi-lagi masa beberapa hari awal. Aku yg czer ni, bile dah baring, punyelah susah nak bangun, mencakar-cakar tarik ape-ape disekeliling aku nak bangun tu. hmmm.. dengar mcm susah ek? Tapi aku kan da beli baby cot, so aku letak betul-betul sebelah katil aku supaya aku cume perlu duduk je utk handle anak aku. Aku taknak la cube letak baby aku atas katil aku or tido dekat hall, atas lantai ke, sebab lagi la susah aku nak bangun nanti dan aku takut aku tido lasak.huhu..
Hari ke 5 lepas czer, anak aku kene jaundice.. huhu jadi aku gi la Hospital AnNur kat bangi..untuk cek bilirubin anak aku. Mase balik dari AnNur tu, kitaorang singgah Manjaku situ beli kelambu la, ntah hape-hape tah la barang baby sikit-sikit.. sambil mengendong anak aku yg baru 5 hari tu sekali..hehehhe
Hari ke-7, kitaorng bawak pulak ke Klinik An-Nur belakang rumah aku untuk repeat cek bilirubin anak aku. Walaupun perut agak berat dan melayut, tapi ok je la takat gendong baby and jalan sikit-sikit tu. Mase tunggu turn, budak kaunter tu pun terkejut tau aku n anak aku yg baru 7 hari datang dengan lum register nama kat JPN lagi, aku plak rilek je kan, siap ble pakai seluar lagi.
Yg menariknyer.. lepas gi An-Nur, kitaorang gi Mydin bli barang dapur sikit. Aku cume jalan pegang baby dan hasben la do the shopping.. peace :)
Makanan Dalam Pantang
Masa aku tengah dalam pantang ni, mak aku ada dengan aku.. die la masak untuk aku.. hari-hari
Lauk: Ikan Goreng+Sup sayur+ letak lada itam banyak-banyak atas nasik
menu yg simple tp sebenarnye sedap.. tapi menyebabkan badan panas dan sembelit sket sebab tak ble makan kuah sayur tu banyak-banyak. So nasihat aku, minum air banyak and makan la sikit mende berminyak supaya berak lawas.. huuuuu.. dari pengalaman...
Lagipun. masa dalam pantang ni kita lebih fokus nak jaga anak dari makan, jadi badan memang turun la... seriously.. turun..
Oh... bestnye menunggu 40 hari dan akhirnya tempoh berpantang da tamat...jadi aku terus pergi TGI Friday Alamanda (siap bawak baby lagi) dan makan kat situ meraikan besday aku yg belated. huhuhu..
Start hari ke-40, aku mula makan set Amme 60 day aku secara disiplin. pagi ~tghari ~petang... dan badan aku pun bertambah turun.. emmm.. perut buncit sket sebab tak boleh berbengkung. makan jamu tu selama 60 hari hokeyyyy...
Mula Bekerja Hari ke 60
Walaupun aku keje kerajaan yg boleh cuti 90 hari (3 bulan) tapi cuti aku diluluskan 2 bulan aje sebab kitaorang tak cukup staff. Huuu~~
Jadi, aku pun mule bekerja dan di sinilah bermula journey aku dalam breastfeed anak aku.... huh~
dengan oncall yang aku kenen buat, dengan nak curi masa nak mengepam, lagi2 mengikut jadual yg sepatutnya ketat( jadual mengepam la maksud aku), cara aku handle breastmilk aku.. aku akan share cara aku yg simple dan lebih efisien tanpa ada masalah ~pam hari ini untuk esok~