Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 2 April 2011

Kerja.. Kerja.. Sampai jadi gila..

Sape suke kerja? Aku suke... aku suke kerja aku.. aku suke dok kat lab, prepare machine untuk run sample yang berduyun2 cam beribu2 lemon tu. Tapi masalah skang aku keje kat hospital.. so makmal kat hospital ni bukak 24jam. Dan sume orang kene wat kerja lebih masa atau kita panggil ONCALL ikut jadual masing2..

Meh aku tunjuk jadual oncall aku..
Ni Peti Ais umah aku dimana jadual oncall aku ditampal supaya Encik Adlim Beckham aku ble tgk
Ni Jadual Oncall aku sepanjang bulan Aprilfool nih
Ni jadual oncall ni maknenye jadual pertambahan waktu kerja aku selepas abes working hours yang 8pagi-5ptg tuh.. Jadi.. semua kenduri kendara, dating2, meeting2, shopping2 sume aku kene plan siap2 takot aku keje time tuh..
Lately, memember geng2 enigma(erkk..memalukan sungguh) aku nak ajak lepak2 kat KLCC pon aku tak tau aku ni free time bile.
Kalo aku shortcall tu maknenye pas keje kene sambung sampai kol 10 mlm. Nasib aku takde amek Oncall yang SleepIn yakni keje kol 10mlm sampai 8 pagi esok n terus kene sambung ofis hour 8am-5pm (gile tak??)
Sebenarnye dalam jadual yg ori mmg ade name aku Oncall SleepIn, tapi mcm biaser.. tukar pada yang sudi..hehehe

Sebenarnye keje aku seronok tau.. banyak ble blajar.. n banyak jugak ble buat kesilapan yang membawa padah(pada pesakit aa). Setakat aku keje kat Lab Hosp. Putrajaya nie, semua masih ok.( takde si mak hayam yang aku benci tuh). Clik2 yang best, yang degil, sume ade la.. mcm2 perangai. Tapi setakat ni takde yang betul2 buat aku benci.. so, ok la..Aku susah nak compare dengan clik aku kat Tanglin sebab workload berbeza n environment pun berbeza..

Ni member kat seksyen aku-Biochem.. name beliau fiza.. aku panggil kak fiza.. princess..princess.. princess??? hahaha.. sebab kat kereta die ade gantung sign "Cute Princess Inside", so mmg kene bahan la dengan panggilan princess..
Ni la partner aku bile aku g pasar tani pas balik keje tuh.. Kitaorg nih mmg tak abeh2 bli tudung yg seploh ringgit satu kat satu kedai mamat kat pasar tani ari selasa.Aku rase mungkin 50% dari keuntungan kedai tu adelah dari duit kitaorang je. Aku pon selalu gak tido umah kak fiza ni bile Encik Adlim Beckham aku tu outstation. Ade jugak aku member nak beborak2. Sampai bedarah telinga kak fiza ni dgar aku becerita tak berenti agaknya.


Ni Minah sengal dari Sabah. Name beliau Ros. Aku panggil die Kak Ros atas sebab aku nak kelihatan lebih muda dari die walaupun hakikatnye aku lebih tua 2 tahun dari die hahaha... Agak2 die ngah buat ape tu? Jual kueh? Tu yang dalam bekas biru tu cincau, dalam bekas kecik sket tu cendol.. hehehe.. tu sume adelah organ2 manusia yang dah dipisahkan dari badan.. air dalam bekas tu adelah formalin untuk megawet organ2 tuh. Dan si Ros sengal ni sedang prepare2 untuk buat 'Grossing'(tak payah la tau ape.. tak penting pun aku bgtau). Ros ni dlu die seksyen aku biochem, skang die tukar masuk Histopathologi. Aku ckp die sengal sebb die mmg sengal. Suke buat lawak or cite bende2 lawak dengan bahasa indon baku die tuh.hahaha

Kat seksyen aku atau dikenali dengan Unit Biochem, kitaorang wat ujian-ujian darah. Aku heppy kat biochem sebab dikelilingi orang2 yang rajin bekerja. Aku ni mmg la kurang kerajinan, tapi setakat ni aku akan komited pada kerja. Bukan ape.. demi negara..(cet..poodahh) sebenarnya komited supaya tak kene marah..heheh
Ifa yang sedang bekerja..

Cik Isma yang sempat posing "peace" dgn Cik Ain
Setakat aku keje kat sini, belum ada lagi rase nak pindah(mcm ms aku kat previous Lab)sebab aku seronok la kat sini. Kadang2 tu kene marah dengan "ehem-ehem"(bukan nama sebenar) tu adelah.. tapi buat2 tak layan jek..Setakat ni aku masih ade rase nak stay lame kat sini. sampai pencen kot.. heheh

No comments:

Post a Comment