Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 27 December 2011

Aku tak pasti

Terlalu banyak bersabar..
Terlalu banyak harapan..
Semakin reput dihujani janji
Semakin reput dek terik dusta..
Terlalu sakit jiwa.. terlalu dalam luka..
Kan bernanah di pendam lama
Dibiar berdarah dibiar kecewa..
Selama mana lagi perlu diberi masa
Sedangkan kau yg dingin seribu bahasa
Terpinggir melayari memori lama
Menyesali segala-galanya
Dari mula...
Bila cuba buka luka.. kerna dia pengubat segala
Yang dapat hanya air mata..
Masih merindui kehijauan yg nyata
Tatkala pohon merimbun dan dedaun segar
Dibasahi titik-titik embun..
Kemarau yg melanda.. hingga tiada dedaun yg tinggal
Cuma aku yg masih kesejukan..
Dibasahi air mata..
Oh Tuhan.. inikah ujian? atau inilah takdir?
Aku masih tersedu-sedu.. dalam antara pasti atau tidak..
Beri aku sinarmu.. pimpini aku ke arah yg pasti.. supaya aku sedar
Supaya aku PASTI.

Tuesday 4 October 2011

Kehilangan dan kehilangan....

Lame x tulis ape2 kat blog ni.. kesian.. dah bersawang2 blog nih..
Last Ogos.. bulan lapan.. aku menangisi 2 kehilangan yg berlaku sekaligus..

Pertamanya.. kandunganku yg mencecah 3 bulan sudah tiada.. so, aku go through prosedure D&C. on 20hb ogos.. Aku rase biase2 je walau ade sedikit sedih kerana my Bibie Bucuk(husband) da mula berharap. Pada aku ni semua ketentuan ilahi.. Dia lagi tahu apa yg terbaik dan apa yg terburuk utk aku..

Pada hari yg sama aku warded di Hospital Putrajaya, selesai sahaja D&C aku, satu berita yg aku tak sangka2 aku terima, pakcikku Hashim b Ahmad telah kembali ke rahmatullah.. Aku baru recover from general anest yg membuatkan aku tidur terus mase D&C tadi then this bad news pulak datang.. aku betul2 tergamam.. He's my great uncle that living with us and watch me grew from toddler till I get married.

Aku sedih n menangis tak berenti.. My husband discuss with M/O incharge to let me discharge and on that evening ktorg balik Melaka coz jenazah dah dibawa ke kampung.
My uncle is single n got no one axcept us..
N tangisan mak lg membuat aku sedih..

Semoga busu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi-Nya..

     
Busu.. Hashim b Ahmad








Thursday 7 July 2011

The Unexpected

Setelah sekian lame aku menyenyapkan diri.. aku update jugak la blog aku nih..

Honeymoon on June..
Last June aku de amek cuti panjang (2hb to 9hb) mase anniversary ktorg.. so half cuti ke Kluang and another half to Alor Gajah. Dengan jadual oncall yang menunggu sepulang saje aku dari cuti, aku pon oncall la bersungguh2...
Then pada 21hb June 2011.. the unexpected thing happen.. aku buat UPT which is Urine Pregnancy Test.. n the result is weakly positive(meaning fine line before the control line appear). Do my B-HCG n the outcome is little bit high 6.88..kalo ikutkan mmgla tak tinggi mane.. Then aku follow up another week n result B-HCG aku da naik 297.5.. n aku WOW.. erm.. am I really pegnant? next 2 day aku amek darah lg to monitor my B-HCG sebab UPT aku still weak positive. n my B-HCG is 514.0... so go for vagina scan and actually they confirmed aku pregnant tp x tau brape week sebab terlalu kecik lagi.

Ni gambar v scan aku.. aku pon memule x paham..

Yg bulat tu sebenarnye menunjukkan im in early pregnancy

So.. The Unexpected will follow up next week.. to confirm da brape minggu..


Perasaan?
Bercampur baur n x tau nak ckp pe..

Friday 8 April 2011

MUET SPEAKING QUESTION


Ni adelah contoh2 soalan MUET bahagian speaking untuk tahun2 terdahulu dan selalunye diorang ulang2 balik jek. aku pon bukan terel sangat speaking-spekong nih.. tapi ape2 pun.. practice make perfect.. jadi.. silalah berlatih depan cermin...

Booklet 1
A person's character is often influenced by other people around him/her. Who has the greatest influence on a person's character?
-Discuss which of the following has the greatest influence on a person's character
(i) Parents
(ii)Teachers
(iii)Friends
(iv)Famous Personalities


Booklet 2
If you were given the opportunity to serve as the Prime Minister of Malaysia for one term, what would be a great achievement to leave behind?
(i)Economic prosperity
(ii)Excellence in sports
(iii)World class education
(iv)Excellent health facilities


Booklet 4
You and your friends are deciding on the choice of universities and programs of study available. You would like to seek the opinion of others before you make your final decision.
-Whose opinion is most important in deciding where and what to study for your university degree?
(i)Opinion of parents
(ii)Opinion of friends
(iii)Opinion of teachers
(iv)Opinion of career guidance counsellors


Booklet 7
Electronic media like mobile phone, computer and electronic games has an impact on young people of today. What aspects of their lives are affected?
-Discuss what aspects of a young person's life is most affected by electronic media
(i)Study habits
(ii)Daily habits
(iii)Social relationship
(iv)World view


Booklet 9
What are the costs cutting measures that can be taken by a family to reduce expenditure? Give some suggestions.
-Best way for a family to reduce expenditure.
(i)Use public transport
(ii)Spend only on what is needed
(iii)Carry out their own repair and maintenance work
(iv)Recycle and reuse household items

Booklet 10
Who do you regard as a successful person?
-You regard as the most successful person
(i)Someone who is very rich
(ii)Someone who is very intelligent
(iii)Someone who is very powerful
(iv)Someone who is very famous

Booklet 11
What factors can influence a student's academic perfrmance
-Greatest impact on a student's performance
(i)Study habits
(ii)Sleeping habits
(iii)Leisure activities
(iv)Network of friends

Booklet 12
It is important to be a good neighbour. What are some of the guidelines needed?
-Discuss which of the following are the most important qualities needed to be a good neighbour
(i)Polite and respectful
(ii)Friendly and caring
(iii)Helpful and responsible
(iv)Tolerant and understanding







Dari tadi aku bace n cube carik point2 yang penting. Sampai aku rase nak muntah. So skang aku da rase fed up n ngantok.. esok la aku sambung study.. skang nak stido la..

Cerita-cerita Lawak

Harta Pusaka
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."





Kes Lagi Teruk
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
  

Suami Yang Sengal
mat pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Amat. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Amid ada bawah katil ayah tak pakai suar." Amat mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Amid jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.

 Amat menarik Amit keluar dan berkata, "Lahanat kau Mit, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
  
 


Logik vs Matematik
Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.



High Tech for dummies


Tech Support: "I need you to right-click on the Open Desktop."
Customer: "Ok."
Tech Support: "Did you get a pop-up menu?"
Customer: "No."
Tech Support: "Ok. Right click again. Do you see a pop-up menu?"
Customer: "No."
Tech Support:: "Ok, sir. Can you tell me what you have done up until this point?"
Customer: "Sure, you told me to write 'click' and I wrote 'click'."
------------ --------- --------- --------- --------- --
2) Customer: "I received the software update you sent, but I am still getting the same error message."
Tech Support:: "Did you install the update?"
Customer: "No. Oh, am I supposed to install it to get it to work?"
------------ --------- --------- --------- --------- --
3).Customer: : "I'm having trouble installing Microsoft Word."
Tech Support:: "Tell me what you've done."
Customer: "I typed 'A:SETUP'."
Tech Support:: "Ma'am, remove the disk and tell me what it says."
Customer:: "It says '[PC manufacturer] Restore and Recovery disk'."
Tech Support:: "Insert the MS Word setup disk."
Customer:: "What?"
Tech Support: "Did you buy MS word?"
Customer: "No..."
------------ --------- --------- --------- --------- --
4).Customer: : "Do I need a computer to use your software?"
Tech Support:: ?!%#$
------------ --------- --------- --------- --------- --
5).Tech Support:: "Ok, in the bottom left hand side of the screen, can you see the 'OK' button displayed?"
Customer: "Wow. How can you see my screen from there?"
------------ --------- --------- --------- --------- --
6) Tech Support:: "What type of computer do you have?"
Customer:: "A white one."
------------ --------- --------- --------- --------- --
7). Tech Support:: "Type 'A:' at the prompt."
Customer:: "How do you spell that?"
------------ --------- --------- --------- --------- --
8). Tech Support: "What's on your screen right now?"
Customer: "A stuffed animal that my boyfriend got me at the grocery store."

------------ --------- --------- --------- --------- --
9). Tech Support:: "What operating system are you running?"
Customer: "Pentium."
------------ --------- --------- --------- --------- --
10). Customer: "My computer's telling me I performed an illegal abortion."




Aku abang die...
Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...
ada sepasang suami isteri yang
terperangkap dalam kesesakan jalan raya...
Si suami seorang yang panas baran sehingga
tak tertahan2 barannya kalau marah, walhal
yang si isteri pulak seorang yang amat
penyabar dan lemah lembut...
Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan
jalan raya masih belum surut membuatkan si
suami tadi mula naik darah dan melenting2,
bagaikan nak terkeluar stereng kereta
dihempap2nya..
suami: hish,marah betul aku! diorang ni,kalau
nak betulkan jalan pun,buat la waktu
lain,ini tak...masa ni jugak terhegeh2
nak buat!
isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai
orang kat depan tu,accident kot..
suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan
mana tahu hal2 macam ni!
oooo,accident ye?!

Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar
dan menghempap pintu kereta sehingga
terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

isteri: eh,abang!nak ke mana tu?

suami:kau jangan banyak tanya!duduk aja
dalam keta ni,aku taula apa nak buat!

Dengan marah yang masih meluap2,si suami
tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke
arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu
tidak jauh dari situ...tiba2,si suami tadi
menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...


suami: TEPI..TEPI...AKU ABANG DIA!
AKU ABANG DIAAAA..!


mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu,
secara automatik semua orang beri laluan
kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji
dalam hati 'menjadi jugak taktik aku'.
apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,
bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat
'adiknya' yang terlantar tak bernyawa...
mana tidaknya,'adiknya' itu SEEKOR MONYET!
kesiaaann...











   

Saturday 2 April 2011

Kerja.. Kerja.. Sampai jadi gila..

Sape suke kerja? Aku suke... aku suke kerja aku.. aku suke dok kat lab, prepare machine untuk run sample yang berduyun2 cam beribu2 lemon tu. Tapi masalah skang aku keje kat hospital.. so makmal kat hospital ni bukak 24jam. Dan sume orang kene wat kerja lebih masa atau kita panggil ONCALL ikut jadual masing2..

Meh aku tunjuk jadual oncall aku..
Ni Peti Ais umah aku dimana jadual oncall aku ditampal supaya Encik Adlim Beckham aku ble tgk
Ni Jadual Oncall aku sepanjang bulan Aprilfool nih
Ni jadual oncall ni maknenye jadual pertambahan waktu kerja aku selepas abes working hours yang 8pagi-5ptg tuh.. Jadi.. semua kenduri kendara, dating2, meeting2, shopping2 sume aku kene plan siap2 takot aku keje time tuh..
Lately, memember geng2 enigma(erkk..memalukan sungguh) aku nak ajak lepak2 kat KLCC pon aku tak tau aku ni free time bile.
Kalo aku shortcall tu maknenye pas keje kene sambung sampai kol 10 mlm. Nasib aku takde amek Oncall yang SleepIn yakni keje kol 10mlm sampai 8 pagi esok n terus kene sambung ofis hour 8am-5pm (gile tak??)
Sebenarnye dalam jadual yg ori mmg ade name aku Oncall SleepIn, tapi mcm biaser.. tukar pada yang sudi..hehehe

Sebenarnye keje aku seronok tau.. banyak ble blajar.. n banyak jugak ble buat kesilapan yang membawa padah(pada pesakit aa). Setakat aku keje kat Lab Hosp. Putrajaya nie, semua masih ok.( takde si mak hayam yang aku benci tuh). Clik2 yang best, yang degil, sume ade la.. mcm2 perangai. Tapi setakat ni takde yang betul2 buat aku benci.. so, ok la..Aku susah nak compare dengan clik aku kat Tanglin sebab workload berbeza n environment pun berbeza..

Ni member kat seksyen aku-Biochem.. name beliau fiza.. aku panggil kak fiza.. princess..princess.. princess??? hahaha.. sebab kat kereta die ade gantung sign "Cute Princess Inside", so mmg kene bahan la dengan panggilan princess..
Ni la partner aku bile aku g pasar tani pas balik keje tuh.. Kitaorg nih mmg tak abeh2 bli tudung yg seploh ringgit satu kat satu kedai mamat kat pasar tani ari selasa.Aku rase mungkin 50% dari keuntungan kedai tu adelah dari duit kitaorang je. Aku pon selalu gak tido umah kak fiza ni bile Encik Adlim Beckham aku tu outstation. Ade jugak aku member nak beborak2. Sampai bedarah telinga kak fiza ni dgar aku becerita tak berenti agaknya.


Ni Minah sengal dari Sabah. Name beliau Ros. Aku panggil die Kak Ros atas sebab aku nak kelihatan lebih muda dari die walaupun hakikatnye aku lebih tua 2 tahun dari die hahaha... Agak2 die ngah buat ape tu? Jual kueh? Tu yang dalam bekas biru tu cincau, dalam bekas kecik sket tu cendol.. hehehe.. tu sume adelah organ2 manusia yang dah dipisahkan dari badan.. air dalam bekas tu adelah formalin untuk megawet organ2 tuh. Dan si Ros sengal ni sedang prepare2 untuk buat 'Grossing'(tak payah la tau ape.. tak penting pun aku bgtau). Ros ni dlu die seksyen aku biochem, skang die tukar masuk Histopathologi. Aku ckp die sengal sebb die mmg sengal. Suke buat lawak or cite bende2 lawak dengan bahasa indon baku die tuh.hahaha

Kat seksyen aku atau dikenali dengan Unit Biochem, kitaorang wat ujian-ujian darah. Aku heppy kat biochem sebab dikelilingi orang2 yang rajin bekerja. Aku ni mmg la kurang kerajinan, tapi setakat ni aku akan komited pada kerja. Bukan ape.. demi negara..(cet..poodahh) sebenarnya komited supaya tak kene marah..heheh
Ifa yang sedang bekerja..

Cik Isma yang sempat posing "peace" dgn Cik Ain
Setakat aku keje kat sini, belum ada lagi rase nak pindah(mcm ms aku kat previous Lab)sebab aku seronok la kat sini. Kadang2 tu kene marah dengan "ehem-ehem"(bukan nama sebenar) tu adelah.. tapi buat2 tak layan jek..Setakat ni aku masih ade rase nak stay lame kat sini. sampai pencen kot.. heheh

Wednesday 23 March 2011

Biarkan Aku Dengan Kasutku

Ye.. Skang aku nak menstory pasal aku dan sepasang kasutku..
Mungkin orang keliling aku rase aku tak pandai bergaya.. atau aku terlalu selekeh..
Yes.. aku gi keje kadang2 baju pon aku tak iron.. bukan malas.. cume aku tiada kerajinan..(eh.. ade beza ke?)
Tapi dari aku keje 2 tahun lepas, mesti ada orang tegur kasut aku..huhu~~~
Ini kasut keje aku.. Tajuk Besar die Timberland.. Tajuk kecik die Power Lounger  Woman.. for Hiking... Hahaahhahaahahaha... Ye.. begitulah arakian kisahnye.. for hiking...

Mengapa???
*Kerana aku adelah orang yang selalu mementingkan keselamatan  berbanding keayuan ber high heel ke tempat kerja..(konon-kononye la..)
*Seperti yang sedia maklum, aku keje kat lab, kene pakai kasut tutup.. so walaupun kasut aku langsung tak menepati ciri2 orang keje lab sebab mcm nak gi mendaki,sekurang-kurangnye aku telah menepati salah satu aspek keselamatan makmal..
*Aku tak sanggup berhadapan dengan dikejar anjing or dikejar penjahat(macam la ade orang nak culik aku ponnn),so aku da biase dengan kasut ala2 sport or sneakers dari aku membujang dlu dan aku dan housemate aku(beliau mmg jenis begaya dan control ayu)pernah berlari menyelamatkan diri dari dikejar anjing, rakun(umah bujang aku kat setiawangsa dlu ade rakun dari zoo negara terlepas kot) dan belari cari tempat teduh ketika hujan...so.. aku selalunya akan laju lagi la dari roomate aku nih sebab die suke pakai kasut bertumit.


Tapi..
Disebabkan aku da beli kasut ni dengan nawaitu untuk pakai gi kerja, jadi tak kira apa baju aku pakai pun aku akan pakai dengan kasut hiking aku nih..walaupon berbaju kurong.. huhu...

 
Ngah makan time jamuan nih.. siap ngan stokin pink lagi.. sengallnye aku nih..







Kadang-kadang aku nak jugak bergaya n pakai kasut ala2 Lady Gaga tuh..aku tgk memember pakai cantik jek sedondon dengan baju.. tapi bila aku pikir balik betapa sakitnya tumit kaki aku.. (dari pengalaman aa nih sebab kuar dating aku pakai high heel or wedges) aku tak sanggup oo.. Dari pagi ke petang berLady Gaga kat lab tuh.. silap hari bulan ngan aku berguling2 plak skali ditambah plak kalo aku oncall. Mau lunyai kaki aku..

Pnah aa jugak aku berjubah tapi aku pakai jek kasut Timberland aku nih.. aku rase selesa and best.. biar la tak cantik pon.. Dan untuk pengetahuan orang yang benci kasut aku nih, aku nak bgtau aku beli kasut aku  dengan harga yang pasti lebih mahal daripada kasut lady gaga tu kecuali kalo korang pakai jenama Jimmy Choo ke Prada ke..so kalo korang, korang nak simpan buat pekasam keh? biar la aku pakai and syok sendiri.. asal aku heppy..

So..
Aku bukan nk marah sesape, sikitpun tak marah you... cume bile terlalu ramai yg tanye kenapa aku akan pakai kasut ni dengan baju kurung or jubah ke or ape2 jek, aku cume ble senyum jek.. sebab aku dah 2 tahun lebih menjawab soalan2 korang.. Encik Adlim Beckham pon pnah tanye jugak dlu..Aku rase motif utama adalah sebab keselesaan..or.. aku sendri pun tak tau sebenarnye.. ngeh..ngeh..ngeh..


Biarlah aku dengan kasutku..
Sikitpun tak menyentuh walau seinci tubuhmu
Biarkan saja dengan gayaku
Sikit tak minta akan pandanganmu
Bukan aku benci kamu
Cuma aku ingin kau tahu
Aku bahagia dengan caraku
Dan keselesaan adalah keutamaanku
Namun  kau yang melihatku tak menepati cirimu
Aku mahu kau tahu..
Aku dengan personalitiku
Biar sajalah aku dengan kasutku..


peace no war...

Tips Mengcover Malu..


Korang pernah tak dengan tanpa diduga jatuh ke terpeleot ke atau lebih mencabar jatuh berguling2 dan menyebabkan rasa malu yg melampau dan menyebabkan rasa confident diri tuh hilang? Nih aku nak bagi petua2 nak cover malu jika sesuatu yg korang tak sangka2 tuh jadik kat korang..aku da buat reserch da nih..


Jatuh Tersadung
Eleh.. tak payah la korang kate tak penah.. 2/3 daripada kita kat muka bumi ni mesti pnah tersadung batu/kayu pnye. lagi2 disaat2 tak terduga contohnya time2 ngah dating ke..
carenye: kalo tahap ketersadungan tu rendah maknenye korang tak jatuh, cume hampir2 jatuh, korang ble je cakap "aduh, tak perasan plak batu/kayu tuh. kalo jatuh tadi mesti tersembam".sambil tu lemparkan senyuman paling manis pada teman korang. tapi kalo korang mmg jatuh dan tersembam/jatuh melutut, korang patut baring je terus dan beguling-guling ke suatu tempat yg da takde orang dan korang ble bangun bile line da clear. Tapi kalo gf/bf korang tu berlari2 mengejar korang yang tengah berguling tu sorri ler, tak dapek den nak nolongnye..






Jatuh Tangga
Tu la.. kadang2 kita termiss anak tangga nih bleh membawa padah. sakit dapat, malu pon dapat. kalo jatuh tangga kat rumah ble la tahan lg. kalo jatuh kat opis ke, jatuh mase ngah turun dari pelamin ke, ape korang buat? haa.. senang jek..
carenye: kalo jatuh terduduk/tersembam atau apa2 posisi jatuh sekali pon, korang terus buat2 kaki korang krem. sebab taktik ni ramai gak orang gune tapi kalo dalam keadaan tuh mmg korang berguling or nampak sangat koang yg salah step, korang trus buat2 bersilat dan menari dan bertutur dalam bahasa pelik(bagi semua orang  tak paham) dan berpura2 dirasuk makhluk halus. mesti ada yg sedia membantu dan ingat anda mangsa dengki pnye~~hehe

Jatuh di tempat yg sesak dengan orang
Ha.. ni okey sket aa.. kalo korang terjatuh di tempat yg sesak contohnye pasar malam ke, dalam bas ke, dewan kenduri ke or pape la yg melibatkan ramai manusia, tak payah susah n malu.
carenye: mase jatuh tuh, korang pandang belakang(walaupon belakang korang tu takde orang) dan jerit  "woi !! pehal ni tolak2?" sambil bangun dengan muke bengis dan marah lalu korang cepat2 blah dari situ.




Terkentut
Huuu.. kalo korang dengan tak sengaja terkentut di tempat yg bising, mungkin efek die tak teruk sangat. Lebih2 lagi kalo situasi itu berlaku outdoor dimana banyak faktor2 bunyi yg boleh mengcover bunyi kentut korang tuh. Tapi macammane kalo ia jadik kat tempat sunyi contohnye kat bilik study ke, kat dalam opis/mensyuarat ke atau di dalam kereta bersama gf/bf korang?jeng..jeng.. jeng..
carenye: korang berpura mengetuk2 pen atau apa2 barang ke tempat yg keras cthnye meja/dinding/kerusi dengan frekuensi yg sama kuat dengan kentut tadi supaya member2 ingat itu adalah bunyi ketukkan dari barang anda. tapi kalo bunyi kentut anda tadi keterlaluan dan semua memandang ke arah anda, keluarkan hanpon anda dan berpure2lah membaca msg sambil kata "sori, lupe silent hanpon" atau "lawak kan bunyi ringtone nih". kalo korang kentut disusuli bau yg kurang enak, nasehat aku korang mengaku je la, pastu dengan muke serius dan seperti menahan sakit (supaya member rasa simpati) korang cakap "sori ye, aku mmg da sakit perut dari pagi tadi lagi.makan nasik lemak la nih" dan terus menyalahkan cafe tempat korang bekerja dan mempertikaikan kebersihan cafe tersebut.



Tergelincir
Kalo korang tergelincir di tempat yg licin, kalo time tu korang seorang diri, korang berpure2 lah terkena sawan/diserang sakit jantung dan sesak2 nafas dan ditragiskan lagi dengan pengsan. bila ramai kerumun anda, anda pun perlahan2 bangun dan pure2 terhuyung hayang jalan dan terus je berambus dari tempat tu. tapi kalo korang sedang berjalan bersama2 member dan kompem member anda tahu korang tak mengidap panyakit katurunan atau penyakit kritikal, tarik je kawan korang tu bagi jatuh bersama2. Jadi malu tuh boley dikongsi dengan member anda dan anda tak la malu sorang2...







Thursday 17 March 2011

Aku Sudah Cantik Dengan Diriku

Aku tak mahu jadi insan lain..
Walau kau buatku rasa sedih
Dan kau buatku rasa tak selamat
Dengan mengatakan aku belum cukup bagus..
Tapi.. siapa kau untuk menilai aku?
Uwekkk
Walau kau indah bak permata sekalipun,
Aku pasti.. masih ada sesuatu
yang ingin kau ubah tentang dirimu
tapi padaku,
aku tak ingin menjadi yang lain selain diriku.
Aku bukan jelitawan yang cantik
yang mampu memukau setiap lirikan mata padaku
tapi aku suka begitu
Kerana aku sudah cantik dengan diriku
Dan aku berhak gembira dengan hidupku.
Kamu yang sepertiku..
Siapa kata kamu tak hebat?
Siapa kata kamu tak berbaloi?
Siapa kata kamu menyakitkan hati?
Kelakar..
kerna tiada yang lawak bila kamu katakan
yang benar tentang dirimu..tapi mereka
menafikannya
Siapa kata kau tak hebat?
Siapa kata kau tak cantik?
siapa kata???
Tak perlu ingin jadi yang lain..
Bila kau sebenarnya sudah cantik dengan dirimu
sudah cantik dengan kehidupanmu
Kau berhak atas hidupmu
Kecantikanmu tersembunyi..
Ianya seperti seni
yang tak diterangi..
Ibarat berada dibawah bintang
Tapi terhalang menyentuh langit
Jika kamu tahu kamu cantik dengan dirimu
Percayalah..
Itulah harga kecantikan

Monday 14 March 2011

Close To me...



Dlu kan mase ngah sekolah2 dulu.. aku ader la geng2 sekolah. Ala lebih kurang cam geng bas sekolah aa.. gi mane2 mesti besame2. Melakukan kebaikan mahupun kejahatan.. memangg kejiii.. huhuhu.. tapi tu cerita lame.. aku rindu kat mereka2. Yela.. skang da ada life masing2.. tapi still jugak la ade yang geng bas sekolah 4eva sampai skang.. Paling aku ingat mase sekolah kat Sek Men Seri Gombak dlu..

Geng Enigma
Enigma ni sebenarnye maksud die teka teki, pertanyaan, sesuatu yg menimbulkan tanda tanya.. ye.. itulah name geng aku mase sekolah menengah.. Sengalll sangat.. bile aku ingat balik.. aku rase cam termalu plak pada diri aku sendiri.. hua..hua.. hua.. amat yang memalukan itu ye...
Geng aku ade beberapa org yg secara lgsg dan tak lgsg.. Ni antara ahli2 geng sengal aku dlu.. hahaha..

Juliana Ramlee
Ni Juju.. aku start rapat ngan die mase darjah 4 kitaorang 1 kelas. Bersambung ke darjah 5, 6 dan sampai la sekarang. Name gelaran beliau tapir. Aku sendiri da tak ingat kenapa beliau diberi gelaran tu. Tapi sampai sekarang mmg lekat aa.. nak wat cemane.. mmg sengall..Ahli yang agak pasif dan selalu 4low je...

Setakat aku tulis entry ni die masih single and available la.. Kitaorang still contact lg and die pon slalu la jugak datang lepak umah aku bile free.


Skala: Medium Agresif


Nuraisya Sulong
Ni Aisya.. Aku kenal die mase darjah 5 ke bape tah aku tak ingat. Kitaorg masuk merentas desa besama2. Pastu mase aku ngah g kedai runcit depan umah aku mak aku sroh beli kelapa setengah dgn harga 30sen je dulu, then terserempak dengan die. Baru la tau rumah kitaorg dekat. Start rapat mase Tingkatan  1 kalo tak silap. Ahli yg selalu mencetus idea2 gile dan berbakat melakukan kemusnahan kekal..

Beliau da kawin.. nak masuk anak ke 2 da..

Skala: Agresif


Norafiza Adnan
Ni Fiza.. name gelaran Peeja or fiza kude.. sebabnye dulu rambut die paling panjang ala2 repunzel gitu.  Ha.. aku start kenal die mase darjah 3 sebab die jadi penolong ketua darjah kelas 3 raye.. mase tu aku kelas seblah 3 selasih.. huhu.. Beliau penah digosipkan dengan ketua darjah kelas die faiz(kalo tak silap aku la) tapi come on la.. darjah 3 beb.. kelaka sungguh aku rase..Mcm Juju.. 4low jek..
Skala: Medium Agresif


Saidatul Akma
Ni minah ni gelarannye Emma or Tombe.. Lambat gak kenal .. mase Form 2 kalo tak silap.. Tapi die banyak cakap sket.. n ahli paling gengster n kuat begado. Pantang silap sket mesti tarik muke.. Skang beliau single.. but  not available..hehehe.. (melepas..) sori la yee.. Ni pon slalu dgn juju dtg umah aku untuk aktiviti melepakss..Dulu kalo ade idea2 gile and sengal si Aisya tu, die ni mesti On jek..
Kenal mase form 1(pembetulan ye sebab tuan pnye diri bgtau) sori ye emma.. jgn maree...

Skala: Agresif




Khadijah
Ni Eja.. or gelaran Didie.. Haa..ni mak orang nih.. tapi still pasang badan.. anak da dua..heheh (jgn jeles).. Didie ni pon salah seorang ahli yang agak pasif tapi agresif. Paham? aku pon susah nak explen.. die ni tak banyak cakap.. tapi die akan buat bile die cakap die nak. haa.. Garang nih.. Mase dlu die paling matang dalam geng2 aku. kitorang selalu ketinggalan dan bepikiran cam kanak2. Tapi didie ni lain sket. And skang beliau dah kahwin dan ade hero 2 orang.

Skala: Agresif dalam diam..




Zuriani
Ni kitaorang paggil Wee.. Ni minah yang aktif olahraga ni dlu.. aku rase medal sekolah aku tu, penuh kat umah die je sbb kakak beliau olahragawati sekolah. skang kitaorg da jarang contact. maybe sebab masing2 da bz dengan kerjaya masing2.. So facebook je la yang ble menghubungkan kitaorg.. Beliau ahli yang pasif. kire kurang aktif la. Memang lepak selalu same2 tapi die xkan join aktiviti2 gile yang kitaorng buat selalunya.

Skala: Medium Pasif



Osheen

Ni Osheen.. Aku da terbiase pggil die Osheen sampai aku da tak ingat name btol die.. Ni semua pgaruh cite jepun Osheen tu laa.. Skang beliau da kawin.. ade baby da.. Dulu beliau rapat dengan Wee, so kurang aktif dalam melakukan aktiviti2 giler. Mereka selalu berdua..Skang aku da tak jumpe da Osheen kecuali dlm fb jek.. dlu beliau dok oversea skang da dok malaysia balik..

Skala: Medium Pasif





Ha.. Ni la geng2 aku dari sek rendah sampai le sek menengah.. Tak abeh geng kitaorang ni buat perkara2 pelik dan tak masuk akal..dan juga tak digemari para guru. Tapi aku rase paling teruk kene aku dengan Aisya la.. asik kantoi je kitaorng nih.. Pening cikgu cikgi sekolah aku. tapi macamane pon.. tu dolu-dolu la.. skang sume da best2.. and kitaorg still rapat sampai skang..

Dari Belakang : Peja, Juju, Aku, Aisya

       Peja                   Juju                 Aku     

Peja            Emma      Ilyas hero Eja      Eja             Juju

Emma  Aisya+Baby  Juju   Aku

Emma  Peeja  Juju

Juju                       Emma






Friday 11 March 2011

Membencikan la...

 


Penah tak berhadapan dengan perkara or orang yang membencikan? aku ni yang bajet2 'happy go lucky' kalo ade mende yang menyakitkan ati memang jadi 'happy go to hell' la kan.. Bila pikir2 balik, mungkin jugak kot aku nih cepat marah or berkira tentang sesuatu. watever pon la kan.. aku nak bgtau mende yg aku benci sgt2 or tak suke bile berhadapan dengan situasi atau mende ni jadi kat aku.. ranking aku nih dari yang aku tak beberapa suka sampai la yang aku paling2 tak suka..

Cerita pasal politik


Isu politik ni memang la sensitif.. tapi aku tak suke sgt2 bile aku dalam situasi orang yg tengah becerita pasal politik. Aku benci. Kalo tgk berita pastu keluar la cite pasal politik(tak kesah even parti roket sekalipun) aku tetap tak suke. Aku mmg jarang tengok berita or baca paper. Bila aku berada di antara orang2 yang bercerita tentang politik tak kesah la parti pembangkang ke pengangkang ke, aku akan diam dan mengalihkan perhatian aku pada mende lain.



Tin Kosong
Pnah jumpe dengan orang yang belagak Oversmart or belagak tapi habuk pon tadak? aku benci.. pada aku cerita berapi2 tapi sebenarnye jauh punggung dari mangkok jamban buat aku bosan dgn org tuh. Aku sbenarnye tak kesah sgt dengan org yg nak eksen2 nih. tapi bertempat aa..kalo btol2 ade, takpe la belagak. Macam tin kosong.. ketuk lempang lempung bising. tapi isi tadak..Sebab ramai jugak aku jumpe mcmni. So kalo time korang ngah becerite tu aku diam je tu maknenye aku MELUAT DAH..

Tengok ble Pegang Jangann..
Ade mende aku leh bertoleransi untuk bagi orang len usik or amek. Tapi aku tak suke orang yang usik mende yang aku sgt2 sayang, Aku akan melenting+ mengamuk+fire+ wrestling+naga gaban  pada orang tuh..Aku tak boleh orang usik koleksi2 aku cthnye pafume ke tiket wayang yg aku da kumpul, makeup2 aku, baju2 aku dan jangan usik Encik Adlim Beckham aku tuh- dont even think about it..



Tumbuh-tumbuhan dalam makanan..
Aku ni memang dari kecik tak makan sayur. Sampai la skang. Parent aku da fed up pakse aku makan sayur sampaikan diorang blend sayur bile masak supaya aku tak ble asingkan dari pinggan aku. Aku tak tau la nape.. aku rase tak sedap n pahit,, tambahan pulak aku tak makan bawang, ikan bilis, ikan.. daging pon yang terpilih jek..so rutin makanan aku adelah ayam.. telur... kentang... lalalala..



Desakan Hanjinzzz
Pnah tak korang jumpe dengan orang yg mintak tolong dengan korang tapi dengan cara yang mendesak? menyebabkan korang rase nak tampar laju2 je muke die? Kalo keadaan tu urgent aku ble la paham.Tapi aku mmg tak ble blah dengan yang sengaja mengada2. Lagi2 pinjam duit. Cthnye minah si penipu yang selalu belagak kaye tuh (nama dirahsiakan). Rantai ribu2, gelang ribu2, sofa puluh ribu, rumah juta2 tapi pakai kete Swift pastu nak bayar roadtax insurance nak pinjam duit aku. Pastu desak soh aku kuarkan duit simpan aku yang aku sendri tedesak pon aku tak kuarkan. Sengall.. gadai je la ko pnye gelang tuh. Tak pon toreh sket sofa ko yang puluhan ribu tah dari kulit hanjizz tuh n jual kot dapat seriban dua .. cet..


MLM dan kejadahnye..
Ni yang ultimate aku tak suke aa.. ape ke halnye la dok, ko tag2 aku dengan gambar kipas2 duit. buat aku meluat nak muntah ade aa..pastu memancing2 dengan kata tak payah penat2 keje da dapat duit la, hanjizz la.. mmg yg da join tuh kene tipu n diam je selalunye. tapi aku ni bukan la bodo sgt.. aku sekolah tadika la dulu..aku takkan join n jgn sesekali usik family aku sroh join. Aku tak suke. Tak payah keje pastu dapat duit? What the hell? Orang kaye jual dadah pon bekeje nak buat dadah tau.
Aku bepegang pada prinsip "Orang zaman sekarang akan buat ape saje untuk dapatkan duit orang lain". Biar la aku keje tongang tongeng kat lab tuh.. yang penting HALAL dan TAK DIRAGUI..

Thursday 10 March 2011

The Winner And The Looserr..

The winner is always part of the answer,
The loser is part of the problem..
The winner always has a program..
The loser always has an excuse
The winner say "Let me do it For You"
The loser say "Not my job"
The winner sees an answer for every problem
The loser sees a problem in every answer
The winner goes to through a problem
The loser goes around a problem n never gets to it..
The winner say " it maybe difficult, but it possible"
The loser say "it maybe possible but it too difficult"
The winner makes comitment
The loser makes promises
The winner know what to fight for n what to compromise on..
The loser compromises on what he shouldn't and fight for what isn't worth to fighting for..
The winner says " There ought to be a better way to do it"
The loser says " Thats the way its always done here"
Quitter never win..
Winner never quit..
Follow.. lead..or get out the way..




so ko winner or loser???

Monday 7 March 2011

Cium Sikitttt....

Aku ni sebenarnye suke bau2 yang wangi nih.. Da terang2 maksud name aku SYAMIMI tu KEHARUMANKU walaupon selalunye aku gi keje deodorant pon aku tak pakai. hehehe.. Bukan ape.. aku selalu luperr la.. Kadang2 bile aku punye da abes aku pakai jek Encik Adlim Beckham aku pnye- for men- aku belasah jek.. sape nak cium ketiak aku ponn.. and stakat nih memeber aku rilek je dok seblah aku. takde la yg melarikan diri or pengsan. Kire OK la tuh..

Skang nak sharing2 parfume yang aku ader..Aku suke gak beli parfume. Sebab aku nih jenis evergreen sket, so aku ade la favorite parfume aku yg aku paling sayang and susah nak carik.Bile da tinggal sikit or da abes aku akan beli parfume yg same. Aku jarang tukar2 parfume nih. Jom meh aku buat promosi avon kat sini..

Ni aku selalu pakai gi kerje
Evelyn Rose: Crabtree & Evelyn
Ni bau die cam rose2 sket. kalo korang lalu kat Lovely Lace tu kan de bau cam wangi2 rose  or bau Teddy Dream tu kan? cenggitu la bau die sket. Aku suke pakai g keje sebab bau die tak heavy n tak kuat sangat.

Code : Giorgio Armani

Yang ini mak aku bagi.. hehe. Aku susah nak explen bau die. cam bau air gas pon ader. cam vanilla2 sket pon ader. cam ntah la.. tapi bole la jugak. aku jarang pakai parfume nih. tesadai je dalam laci parfume aku tuh. siap corak bunge2 kaler itam kat botol tu terkoyak2 da. Tapi takpe. sebab free kan..




Fascinating: Salvatore Ferragamo

Ni aku suker sangat. Baunya enak dong.. Tapi bile aku pakai die cam tak lame arr kat aku bau die. Aku da sembur banyak2 pon cam tak lekat. Maybe mmg tak sesuai dengan aku kot. So aku simpan jer parfume ni buat pekasam. Kene pulak minah yang aku benci tuh(yang suke 'burn' barang aku tu)pon suke parfume nih.So tak suke same dengan die.huh..




Incanto Heaven: Salvatore Ferragamo



Ha.. ni bau die cam bunge2 n manis2 sket. Semut pon hurung. Aku pon suke gak pakai ni gi keje. Tapi sebab die ni banyak persaingan dengan parfume2 yang lain, jadi aku selalu lupe pakai die.. sian die.. jap lagi ni aku nak gi tengok tv aku pakai la..







Pour Femme: Bvlgari



Ni memang aku selalu sangat2 pakai. bau die keras2 sket macam batu. sesuai untuk orang keras kepala. hehe takde ar.. bau die kuat and sedap. tahan lamer.. Kalo jalan orang mmg ble tercium aa bau ni.. mungkin kalo kentot pon orang tak perasan kot sebab bau die lagi kuat.




Lolita Lempicka
Ha.. Ni la Parfume aku yang Ultimate ala2 Optimus Prime sket. Namenye Lolita Lempicka. Aku da pakai parfume ni dari aku kat UiTM dlu sampai sekarang aku da keje ni mungkin sampai aku de anak lapan pon aku akan still pakai nih.Bau die sgt unik and jarang2 kita dpt bau yang mcmni. Sweet+bunge2+cute2 gitu.. Untuk special occasion sahaja. Masa mule2 aku beli dlu die memang ngah launching kat Malaysia. So aku dapat la set die yang ade brooch fairy ngan bunge tuh. Skang die da stop pasarkan kat Malaysia. So sangat2 susah nak carik. Selalunye tak sampai suku nak abes, aku dah tak tentu arah nak beli baru. Trust aku la.. Susah nak carik parfume nih. Limited btol. Last sekali aku beli hari tu,aku kena book, n diorang kena carik and dapat la 1 botol kat Pavillion. Aku pon cepat2 la beli. Tapi skang kalo beli da takde set da. sebotol2 cenggini. nak carik pun kene kat kedai2 parfume yang still simpan stock die. So aku mmg btol2 jimat2 n takmo membazir. For special occcasion shj la ye.. dating2 ngan Encik Adlim Beckam ker.. hehe..


Ni kat bawah ni Parfume yang aku ade la. tapi kalo da abes aku takkan beli da la..

Burberry Brit Sheer : Best bau die.. nanti kalo mood ok nak beli lagi kalo da abes la..
Burberry The Beat: Bau biase2 jek. Taknak bli aa kalo da abes
BLV II : Ni mak aku bagi. Bau cam sakit idung sket. Takmo la lagi..
Casmir Chopard: Cam bau vanilla n butter pun ade. Tapi takmo da..
Intuition Estee Lauder: Biase je bau die. Tak syok
Notorious Ralp Lauren: Kalo pakai sikit sedap. Tapi bile sembur banyak cam bau lelaki.
Paul Smith Women: Mule2 cam best. lame2 cam sakit idung plak bau die.



Ni plak kat bawah ni perfume Encik Adlim Beckham Aku.. die lagi limited la parfume die. mgkin sebab lelaki mmg mcmtu kot. Tak kesah sgt.. Encik ni, parfume die sikit jek.. 3 jenis jek.. Tapi satu je yg die sgt2 sayang n suke pakai.. ni ha..
Salvatore Ferragamo: Ultimate parfume untuk beliau. Dari dulu die pakai, sampai skang.
Dockers men: Jarang2 beliau pakai
Kistna Body Shop: Ni sebenarnye naik dulang dulu.. sampai skang tak pakai2.. boringg..


Da la.. sekian shaja.. bubai...