Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 22 February 2012

9 week of Pregnancy

Ok.. setelah lama aku tak menulis ape2 kerana kesibukan bekerja( sibuk la sangat kan...) lastly aku mengumumkan yang pregnant lagi..dan kini dah masuk 9 minggu dan aku telah menjalani 2 minggu yang teruk..Mule2 aku mmg tak bagi tau sape2 aku pregnant memandangkan previous pregnancy aku go through D&C. jadi aku banyak bediam dan kediaman aku mule memberikan klu kepada kawan2 yg aku ada 'sesuatu'..(sebab selalunya aku banyak bcakap)

Morning Sickness
kali ini kemengandungan aku diikuti rasa yang amat teruk.. muntah2 dan loya sepanjang hari.. Aku tak paham kenapa semua ni dipanggil morning sickness, padahal aku melaluinya macm All Day Sickness.. Aku MC and tak larat nak buat kerja sepanjang hari.. duduk jek dan sgt pasif.. ade je cuti yg aku apply supaya aku tak keje 5 hari seminggu sbb aku tak larat. Takde ke doktor yg bagi cuti dua minggu ke.. seminggu ke.. tak membantu langsung bg MC 2 hari..

Makan Kari
Aku rase ke alahan aku semakin membuak2 bila aku makan kari la.. ade sekali aku makan megi kari(biase la.. tiada kerajinan nak masak) dan akhirnya beliau keluar ke dalam sinki..
Pagi tadi aku makan roti cecah sikit dengan kuah kari ayam yg lazat(cafe Pak Tam tu pnye pasallah ni)
dan berakhir ke dalam sinki jugak.. sekali dengan air milo dan biskut2 yg aku makan. sedey.. sedey.. tp aku g makan nasi lemak plak pas tu.. sebagai membalas dendam kepada muntah tadi..

Petua Morning Sickness
Ha.. ni aku nak kongsi sket petua ni.. Setelah aku wat research dan mempraktikkan pada diri aku, aku dapati sebenarnya, sikit pun petua ni tidak menghilangkan morning sickness tetapi cume mengurangkan kadar kemuntahan dan rasa loya(aku rasa mungkin gak mind set aku jek).

1. Makan pil prenantal sebelum masuk tidur: Sebenarnya aku sendri tak tau pil prenantal tu terdiri dari pil ape sebab aku skang amek Folic acid jek(Folic acid penting utk mengelakkan defect masa pembentukan otak n tulang belakang baby). Aku tak amek plak pil2 lain. So aku makan Folic acid tu pada mana2 waktu pon xde efek pape..same jek..

2.Makan crackers: Ha.. ni membantu sket. Disebabkan selera makan mcm dlu..(pagi2 makan nasi lemak la, nasi kerabu la..) dah takde, aku melihat biskut cream crackers amat lazat.. jadi aku akan amek setiap pagi cecah dengan air milo cereal 3 in 1 yg paket die ade line oren tu. Ni ok sket.. Lgpun crackers membantu serap jus2 perut kita yg melebih2 mase ngah ngandung ni.

3. Makan beberapa biskut sebelum betul2 bangun: Ni maksud die bile celik je mate tu kol 6 pagi tu, makan sket biskut which is kene letak la biskut n air tu tepi katil dari mlm tadi. makan beberapa keping, minum air kosong sket(bg tak tecekik jek). lepas da menelan tu, rest dalam 15 ke 20 minit, pastu baru bangun utk mandi, smbhyg dan sbagainye..hmm.. petua ni agak ok.. bila aku buat aku tak muntah la pagi2..biskut tu amek sekeping dua je ye.. jgn makan sampai kenyang plak..pastu sambung balik tido.. cait..

4. Makan Kerap: makan kerap ni, utk yg takde alahan tu ok la.. tp utk aku yg tengok makanan pun tak selera ni, makan tu dalam kuantiti yg sedikit tapi kerap. setakat ni, ni paling berkesan mengurangkan aktiviti muntah aku. cth: aku makan mee 4 sudu n stop.. 2 jam pastu aku makan plak biskut 2 keping jenama pe tah ( dapat hamper dulu, baru skang terusik biskut tuh). pastu 3 jam pastu aku makan plak nasik goreng dalam 5/6 sudu.. setakat ni, teknik ni yg paling berjaya walaupun rase loya2 tu masih ada, tapi berkurangan.

Jadi.. semoga apa yg aku share ni berbaloi utk dicuba sebab badan masing2 berbeza..

5 comments:

  1. tahniah mimie.. all d best. :)

    ReplyDelete
  2. from: wan noraini aka kak wan.. nice blog. good job.

    ReplyDelete
  3. Congrats mimie.... aku dlu evening sickness, bole? hrmmm...pg bukan main smgt lagi, masuk kol 2ptg je terus kemuntahan melanda...kol10 mlm da flat..hehe...

    ReplyDelete
  4. tu la..aku harap cepat2 la setel sickness ni.. tak tertahan..

    ReplyDelete